07 April 2018

Uber Sudah Dibeli Grab - Selamat Tinggal Uber!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekelian. Hari ni sabtu 7 April, bermakna hari ini adalah hari terakhir rakyat Malaysia boleh menggunakan applikasi Uber baik penumpang mahupun pemandu. Entri ini sekadar ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Uber terutama dari saya sebagai individu. Walaupun tak dinafikan Uber ni banyak beri sakit kepala kepada pihak pemandu dengan kadar tambang yang terlampau rendah, secara keseluruhannya platform Uber sebenarnya telah memberi alternatif menambah pendapatan sebahagian rakyat Malaysia.

Ingin saya coret sedikit pengalaman saya bersama Uber sejak dari mula iaitu sekitar 3 tahun lepas. Hari pertama saya drive Uber adalah seminggu sebelum hari raya Aidilfitri. Tak disangka hanya memandu selama seminggu saya berhasil mendapatkan lebih kurang RM1000. Pendapatan mingguan tertinggi yang pernah saya peroleh adalah RM3000 lebih seminggu dan lebih kurang RM10 000 pada bulan tersebut. Kini kisah kisah sebegini cuma tinggal kenangan dan chapter baru bersama Grab bakal bermula.

Kesemua pengguna perkhidmatan Uber samada penumpang mahupun pemandu perlu bertukar kepada Grab. Di Malaysia ianya bukanlah asing. Tetapi mungkin jika ada penumpang dari luar negara seperti Jepun yang tidak mengenali Grab agak terpingga pinga ketiadaan khidmat Uber di rantau asia tenggara kini.

Jika anda berada di Johor Bahru dan memerlukan khidmat pengangkutan bolehlah hubungi saya atau install applikasi Grab. Jika anda mahu melakukan booking awal, boleh whatsapp saya di 016-7114304 - Rais.

12 November 2017

Panduan Untuk Pemandu Yang Baru Daftar Uber - Cara Kerja + video

Perhatian - Uber sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Harap maklum. Jika anda hendak menggunakan khidmat Uber di Johor Bahru, boleh whatsapp saya Rais di 016-7114304

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika anda membaca entri ni, anda mungkin baru berminat untuk tambah pendapatan melalui Uber atau anda sudah menjadi driver tapi masih tercari-cari panduan bagaimana untuk menjadi seorang pemandu Uber yang kompetitif. Tidak seperti ketika saya mendaftar sebagai pemandu suatu ketika dahulu, pemandu baru kini lebih mudah mendaftar tanpa perlu hadir sebarang taklimat. Kesannya ramai juga pemandu baru yang tiada idea bagaimana nak bermula. So saya nak share sikit la sedikit sebanyak sebagai guideline untuk anda sebagai pemandu baru.
Guideline yang Uber bagi

03 November 2017

Senarai Alamat Office Dan No Telefon Uber Malaysia 2017

Perhatian - Uber sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Harap maklum. Jika anda hendak menggunakan khidmat Uber di Johor Bahru, boleh whatsapp saya Rais di 016-7114304

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berikut adalah senarai alamat office Uber yang terdapat di Malaysia. Pejabat urusan Uber hanya terdapat di 4 buah negeri sahaja. Apa fungsi office Uber ni? Ada banyak sebab driver akan dipanggil hadir ke office. Contohnya kes dimana akaun driver digantung kerana sebab sebab tertentu. Jika berlaku, pemandu dikehendaki hadir ke pejabat untuk sesi soal jawab. Berikut adalah alamat pejabat Uber di Malaysia.

Kuala Lumpur - t.uber.com/klpsc


Cara Mudah Daftar Menjadi Pemandu Uber Malaysia Melalui WhatsApp 2017/2018

Perhatian - Uber sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Harap maklum. Jika anda hendak menggunakan khidmat Uber di Johor Bahru, boleh whatsapp saya Rais di 016-7114304

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan cara lebih mudah untuk berdaftar sebagai pemandu Uber Malaysia iaitu melalui WhatsApp. Kenapa saya nak tulis entri ni? Sebab dalam rekod saya ada lebih 1000 pemandu yang mendaftar menggunakan link yang saya berikan tetapi gagal untuk menyelesaikan sesi pendaftaran secara sendiri walaupun bagi saya proses tersebut agak mudah. Mungkin ada part yang mereka sangkut tapi mereka tak tahu nak selesaikan bagaimana. So cara yang lebih mudah adalah biarkan saya sahaja yang daftarkan tuan puan.

Tuan boleh whatapps saya Rais di 016-7114304 untuk mendaftar. Whatapps maklumat berikut kepada saya

03 June 2016

Pengalaman Awal Sebagai Pemandu Uber

Perhatian - Uber sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Harap maklum. Jika anda hendak menggunakan khidmat Uber di Johor Bahru, boleh whatsapp saya Rais di 016-7114304

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik pejam celik dah setahun dah saya menjadi pemandu Uber. Sempena beberapa hari lagi nak puasa, saya nak tulis satu entri sempena setahun saya drive Uber.  Hari ni saya nak share sikit la pengalaman menjadi pemandu Uber ni macam mana. So u'll get the idea. 

Masa tu dua minggu sebelum raya 2015. Time tu terdesak nak pakai duit..al maklumlah raya kan..mau nya tak pakai duit..hehe..saya tahu mengenai Uber ni melalui kawan kepada suami kawan saya. So lepas buat sikit internet research saya pun install applikasi Uber Partner..(sila daftar di sini dahulu)

08 December 2015

Bagaimana Cara Mudah Mendaftar Untuk Menjadi Pemandu Uber Malaysia 2017

Perhatian - Uber sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Harap maklum. Jika anda hendak menggunakan khidmat Uber di Johor Bahru, boleh whatsapp saya Rais di 016-7114304

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya banyak menerima individu-individu yang membuat pra-pendaftaran menggunakan kod rujukan/referal saya tetapi tidak menyelesaikan pendaftaran sehingga melayakkan mereka menerima imbuhan mendaftar sebagai pemandu baru. Maka saya menulis entri ini agar anda faham keseluruhan proses pendaftaran seterusnya mempunyai peluang untuk menambah pendapatan sebagai pemandu Uber. Ianya sungguh mudah dan lumayan sekali!

Langkah Pertama

Semak kelayakan anda. Syarat untuk menjadi pemandu Uber adalah seperti berikut:
  1. Mempunyai kenderaan 4 pintu (4x4 pun boleh)
  2. Usia kereta dari tarikh dikilangkan maksimum 7 tahun semasa daftar. Contohnya 2011 untuk daftar 2017 dan 2012 untuk daftar 2018. Lepas daftar usia kereta tersebut sudah melebihi 7 tahun masih boleh terus memandu. (update Oktober 2017)
  3. Lesen penuh. Lesen P tak lepas ye
  4. Berumur minimum 21 tahun

Anda perlu klik link di bawah ini dan melakukan pendaftaran online.


Isi nama sebenar, email,hp no dan password untuk akaun uber anda

Isi nama sebenar, email, no HP dan password khusus untuk akaun Uber anda. Jangan pula letak nickname ye sebab nama kena match dengan IC anda. 

07 July 2015

Kelebihan Menggunakan Uber

Perhatian - Uber sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Harap maklum. Jika anda hendak menggunakan khidmat Uber di Johor Bahru, boleh whatsapp saya Rais di 016-7114304

Untuk entri kali ni, saya nak senaraikan kelebihan menggunakan perkhidmatan Uber. Secara tradisional bila kita menggunakan khidmat teksi, antara isu berbangkit adalah:


04 July 2015

Bagaimana Cara Menggunakan Uber?

Perhatian - Uber sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Harap maklum. Jika anda hendak menggunakan khidmat Uber di Johor Bahru, boleh whatsapp saya Rais di 016-7114304

Entri hari ni saya nak share cara membuat pesanan trip semudah 1, 2, 3. Kalau u all tak baca entri ni pun boleh buat sendiri guna common sense. Entri ni just nak show pada mereka yang belum install applikasi Uber bagaimana mudahnya anda boleh pergi ke mana-mana dalam bandar dengan hanya 1 klik.




Bagaimana Cara Mendaftar Uber (Rider) Free Rides RM60!

Perhatian - Uber sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Harap maklum. Jika anda hendak menggunakan khidmat Uber di Johor Bahru, boleh whatsapp saya Rais di 016-7114304

Hari ni saya nak share cara mendaftar Uber sebagai penumpang / rider. Saya try terangkan step by step ye. Cara nak daftar jadi rider senang je sebenarnya. Saya buat 3 minit je dah siap boleh guna :-) Apa yang anda perlu adalah:

1- Smartphone
2- Sambungan internet
3- Kad kredit atau debit. Kad debit ni kad ATM yang ada perkataan Master Card atau Visa kat kad.

Pertama

Install aplikasi Uber dari smartphone u all. Taip Uber dan pilih apps Uber (untuk rider) sebab ada lagi satu Uber Partner tu hanya untuk driver.

Bagaimana UBER Berfungsi?

Perhatian - Uber sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Harap maklum. Jika anda hendak menggunakan khidmat Uber di Johor Bahru, boleh whatsapp saya Rais di 016-7114304

Semalam merupakan hari pertama saya menjadi pemandu UBER. Did not hit the road yet. Just register je dulu. Hihi. Hari ni saya nak share bagaimana sistem UBER berfungsi sebab UBER sangat pesat berkembang. Untuk menggunakan UBER, kedua dua penumpang dan pemandu memerlukan smartphone dengan sambungan internet.


Uber Sudah Dibeli Grab - Selamat Tinggal Uber!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekelian. Hari ni sabtu 7 April, bermakna hari ini adalah hari terakhir rakyat Mala...