08 December 2015

Bagaimana Cara Mudah Mendaftar Untuk Menjadi Pemandu Uber Malaysia 2017

Perhatian - Uber sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Harap maklum. Jika anda hendak menggunakan khidmat Uber di Johor Bahru, boleh whatsapp saya Rais di 016-7114304

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya banyak menerima individu-individu yang membuat pra-pendaftaran menggunakan kod rujukan/referal saya tetapi tidak menyelesaikan pendaftaran sehingga melayakkan mereka menerima imbuhan mendaftar sebagai pemandu baru. Maka saya menulis entri ini agar anda faham keseluruhan proses pendaftaran seterusnya mempunyai peluang untuk menambah pendapatan sebagai pemandu Uber. Ianya sungguh mudah dan lumayan sekali!

Langkah Pertama

Semak kelayakan anda. Syarat untuk menjadi pemandu Uber adalah seperti berikut:
  1. Mempunyai kenderaan 4 pintu (4x4 pun boleh)
  2. Usia kereta dari tarikh dikilangkan maksimum 7 tahun semasa daftar. Contohnya 2011 untuk daftar 2017 dan 2012 untuk daftar 2018. Lepas daftar usia kereta tersebut sudah melebihi 7 tahun masih boleh terus memandu. (update Oktober 2017)
  3. Lesen penuh. Lesen P tak lepas ye
  4. Berumur minimum 21 tahun

Anda perlu klik link di bawah ini dan melakukan pendaftaran online.


Isi nama sebenar, email,hp no dan password untuk akaun uber anda

Isi nama sebenar, email, no HP dan password khusus untuk akaun Uber anda. Jangan pula letak nickname ye sebab nama kena match dengan IC anda. 


Sila pilih bandar yang betul semasa membuat pra-pendaftaran. Jika ingin memandu di Johor Bahru jangan pula mendaftar untuk Kuala Lumpur. Kerana akaun anda hanya akan aktif di bandar mana anda mendaftar. Sehingga September 2017, Uber Malaysia hanya terdapat di bandar  
Pengambilan driver Melaka dan Ipoh ditangguhkan buat sementara waktu (update Mac 2017)

  1. KL/ SELANGOR/ PUTRAJAYA/ NILAI/ SEREMBAN

  2. PENANG
  3. JOHOR BAHRU
  4. BATU PAHAT
  5. MELAKA
  6. IPOH
  7. KUANTAN
  8. KUALA TERENGGANU
  9. ALOR SETAR
  10. LANGKAWI
  11. MIRI
  12. KUCHING
  13. KOTA KINABALU

Setelah itu sila upload semua dokumen diminta iaitu IC (depan), Cover note insuran, lesen memandu (depan). Caranya mudah iaitu anda hanya perlu menambil gambar dokumen atau upload image file. 


Diikuti dengan mengemaskini maklumat akaun bank di  kerana Uber bayar guna GlobalPay setiap minggu terus ke akaun anda. Ini adalah link tersebut:






Selesai fasa ni Uber akan SMS anda. Sila jangan hentikan penerimaan SMS dari Uber

Langkah Kedua

Selesai membuat pra-pendaftaran, anda akan menerima sms dan email di no HP dan email yang anda guna semasa membuat pra-pendaftaran. Email dan SMS tersebut akan menerangkan langkah seterusnya iaitu anda perlu menghadiri taklimat di tempat dan masa yang telah ditetapkan. Bagaimanapun kini dengan kemaskini terkini, mereka cuma menyuruh anda menonton video sebagai ganti taklimat kerana lebih efisyen. Ini adalah traning video tersebut.
Langkah Ketiga

Sila hadir ke lokasi taklimat pada masa yang ditetapkan dengan membawa sekali kenderaan yang akan digunakan untuk tujuan Uber berserta IC, cover note insurance dan dokumen lain yang diarahkan dibawa bersama seperti yang dimaklumkan melalui SMS dan email yang telah anda terima. Ketika taklimat anda akan didaftarkan oleh staff yang bertugas. Mereka akan memeriksa kenderaan dan latar belakang pemandu. Kereta yang berusia lebih 7 tahun tidak diterima. Tidak boleh berbahasa Inggeris juga tidak diterima kerana 70% penumpang tidak tahu berbahasa Melayu atau bahasa tempatan (pelancong). 

Selesai sesi tapisan dan pendaftaran, mereka yang berjaya akan diajar bagaimana beroperasi sebagai pemandu peribadi Uber. Sila maklum bahawa pemandu Uber memiliki status yang lebih tinggi sebagai pemandu peribadi. Jika anda tidak menerima sebarang sms atau email untuk taklimat, anda boleh skip ke langkah keempat.

Update 2017 - Pendaftaran 100% online tanpa perlu hadir taklimat

Langkah Keempat

Sila semak akaun pada applikasi Uber Partner anda samada sudah diaktifkan atau belum. Bagaimana  nak tahu akaun dah aktif ke belum? Jika anda mendaftar melalui link saya, saya akan dapat menyemak status pendaftraran anda. Melalui applikasi Uber Partner, jika apps anda sudah mempunyai pilihan untuk online, itu bermakna akaun anda sudah diaktifkan. Apabila sudah diaktifkan anda boleh terus memandu ;-) 


Untuk pemilik android, anda boleh cari apps Uber partner di Play Store dengan icon seperti dalam gambar. Untuk pemilik ios pula, anda perlu download dan install dari link dibekalkan Uber ini - Uber ios.
 
Jika anda lihat sudah ada pilihan untuk Go Online, bermakna akaun anda telah aktif
Untuk pemandu baru, anda mungkin menerima sign up reward selepas menyempurnakan sejumlah trip ditetapkan Uber. So basically ini sahaja la yang perlu dilakukan untuk anda mendapat pendapatan sampingan. So kat bawah ni screen shot payment saya pada minggu pertama. Saya daftar hari khamis, drive bermula hari Jumaat petang hingga hari Ahad...3 hari.



Bagaimana saya bermula? Berbaloi ke memandu Uber? Jom baca entri saya seterusnya iaitu Pengalaman Sebagai Pemandu Uber.  

Dapatkan RM100 hanya dengan mendaftar sebagai pemandu! (T&C applied)
Whatapps 016-7114304 untuk pertanyaan


Dapatkan rides percuma bernilai RM60 dengan kod promo 
EE2S2UE - INI CARANYA

232 comments:

  1. Kalau kita pindah ke negeri lain lps dh daftar kena daftar balik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk penumpang, akaun sama boleh digunakan dimana mana serata dunia 😊

      Delete
    2. Tetapi untuk pemandu, akaun tersebut hanya akan aktif dibandar ia didaftarkan. Jika daftar di JB, akaun takkan boleh login bila cuba online di luar JB seperti KL

      Delete
    3. Part time Uber Pemandu , bagaimana jadual masa bertugas, pakaian yg bagaimana pemandu Uber.

      Delete
    4. Nak drive Uber ni ada bebas nak buat bila2. Jadual kerja tertakluk pada masa free sendiri. Tiada masa spesifik. Jika hanya anda free hanya pada waktu malam, maka drive la waktu malam. Jika free masa waktu weekend maka drive la pada waktu weekend.

      Delete
    5. Salam saya dah daftar uber online.
      Tapi saya ada dua masalah :
      1. Lepas saya register saya tak terima apa apa sms yg suro saya pegi taklimat
      2. kalau nak buat kat 2 bandar boleh tak? sebab saya slalu travel ulang alik

      Delete
  2. 3 hari brapa trip tu?

    ReplyDelete
  3. Kalau kereta yg 7 tahun lebih tidak diterima ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ya mungkin tidak. Bergantung pada management yang uruskan

      Delete
  4. Assalamualaikum, Saya dari Jakarta kebetulan mau pindah ke KL nanti dan ingin beli mobil(kereta) disana dan buat SIM(Surat Izin Mengemudi)/Lesen Memandu, bolehkah perempuan jadi supir taksi uber? Kawan saya perlu jawatan ini di KL. TERIMA KASIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAKSUD SAYA KAWAN SAYA YANG INGIN PINDAH

      Delete
    2. Tidak boleh. Uber Malaysia hanya untuk pemandu Malaysia

      Delete
  5. Salam tuan mohon penerangan ttg uber.. boleh ke mohon kalau lesen P..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Tu saya tak pasti la. Tu kena tanya Uber masa pendaftaran nanti

      Delete
    2. Sebagai penyedia applikasi, Uber adalah legal.

      Delete
    3. Lesen D sahaja :)

      Delete
  6. Anonymous18/3/16 10:54

    Nak tanya kalau pemegang lesen P bolew ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik boleh email uber untuk maklumat lanjut

      Delete
  7. Tuan dengan siapa sy nak call tentang uber ni...sy berminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whatsapp 016 7114304. Seeloknya tak perlu call coz maybe suami saya busy

      Delete
  8. kalau axia boleh kan? ada kawan saya buat axia huhu.

    ReplyDelete
  9. Kalau kat kuching sarawak ade gak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada. Hanya KL, JB dan Penang sahaja

      Delete
  10. area klang selangor ad ke..berminat 4time tp bhse inggris hncur hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba daftar. Benda tak tahu jika belajar lama lama pandai 😊

      Delete
  11. Saya dah daftar dan dah terima email tapi xde pulak bgtau nak kena hadir taklimat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berikan nama digunakan dalam pendaftaran. Saya semak

      Delete
    2. Cik..sy da daftar...akaun da aktiv..tinggal online je..tp xde pon die panggil taklimat? Boleh ke start ni?

      Delete
  12. Uber di kawasan seremban ada x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seremban tiada Uber. Hanya KL, JB dan Penang sahaja

      Delete
  13. kalau guna honda civic fd thn 2010.. hrga sama ke bayaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika Uber KL terdapat slot utk Uber Black iaitu kereta premium. Fare lebih tinggi dari Uber X. Antara kereta dalam kategori ini adalah Honda Accord, Camry, BMW, Alphard dan setaranya. Untuk Honda FD encik perlu tanya ketika pendafataran kategori mana kereta encik.

      Delete
  14. kalau guna honda civic fd thn 2010.. hrga sama ke bayaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama. Melainkan kategori kereta mewah seperti BMW, Merc, Vellfire baru fare tinggi sikit (Uber Black)

      Delete
  15. Kak. Saya nak bt part time je. Maksudnya time sabtu ahad kalau xde kelas (student part time) saya drive uber. Hari biasa kerja pulak mgkin malam je boleh drive. Boleh ke macam tu? Td saya nak register tapi dia ada minta insurans note, ade di laptop benda tu, belum habis proceed lagi. Nak tanye lepas reg online, memang kena pegi tempat interview ke, or boleh terus drive?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebelakangan ini tak perlu. Uber akan semak document. Jika akaun sudah aktif saya akan maklumkan. Ianya mungkin ambil masa seminggu dua

      Delete
  16. Replies
    1. Rasa macam ada. Baru launch. Tapi saya tak pasti. Boleh email direct Uber

      Delete
  17. Owh.hanya peneng,johor n kL jea ada.baru plan nk daftar kat perlis.kalu ada bgtau yea.nak daftar.nak ambik teksi xmampu.

    ReplyDelete
  18. Kota bharu bila nak ade uber?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu mungkin akan ambil masa yang lama. Uber perlu buat market research utk masuk daerah baru

      Delete
  19. Bandar melaka ada uber tak? Kalau ada pm wsap..0142633056

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uber hanya terdapat di KL JB dan Penang sahaja

      Delete
  20. Kalu saya pakai kereta proton exora boleh ke?

    ReplyDelete
  21. boleh tak nak tahu apa syarat2nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya buat entri syarat syarat nak jadi pemandu Uber

      Delete
    2. Klu sy pending dokumen insurance saja, n then saya nk tukar lokasi dari KL ke ipoh. Macamana nak update lokasi tue?

      Delete
  22. syue dok jb ke.
    bleh jumpa x.
    nak tanya lebih lanjut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually saya suami dia yg buat blog ni dan reply semua komen. Saya rasa lebih efisyen jika whatsapp saya di 016-7114304 jika ada pertanyaan

      Delete
  23. Ofis di mana? Saya ingin lebih info dan tunjuk ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sye nak tanya saya di johor..kereta dah hbs bayar9tahun tapi keadaan baik,air cond tip top semua jenis waja. .sye penama ke dua sbp blm tukar nama dgn ayah saya. .Boleh saya memohon tak??

      Delete
  24. Ofis di mana? Saya ingin lebih info dan tunjuk ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ofis di Nusa Bestari. Tapi mereka tak entertain orang luar melainkan yg dah jadi driver. Sebarang soalan boleh whatapps saya 016-7114304

      Delete
  25. suami baru je di approved as driver uber....dah nampak button Go Online kat Uber partner....kira dah bole drive la kan?huhu nebes bg pihak husband ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye dah boleh drive. Sila tonton Uber Partner training video di Youtube jika perlu

      Delete
    2. incentive bila complete 15 trip pertama utk minggu pertama bg driver baru tu masih ada lagi ke?

      Delete
  26. Kenderaan bukan penama driver boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Dengan syarat ada nama kita dalam cover note insuran

      Delete
    2. Cover note insuran tu mcmne?

      Delete
  27. mcm mana nk apply... klu kenderaanbukan penama driver boleh ke, sbb cover insuran x de nama driver

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh add nama pada cover note. Apply dgn klik link di entri atas

      Delete
  28. Saya ad viva je..boleh ke..elok lagi..tapi x tau dh lebih 7 tahun ke x..tapi saya pelajar perempuan..bahaya tak perempuan drive uber ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu Viva boleh. Tapi disebabkan ada Axia. Viva rasanya macam tak lepas. Tapi boleh try apply

      Delete
  29. Hi boss Saya Nk menjadi pemandu uber tp... kereta kancil saya dah 10 tahun.... Ade pertimbangan x jika Nk guna kereta 10 tahun lebih ...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf encik sebab minimum cc adalah 1300cc. Tapi Axia dibenarkan kerana keluasan menyamai Myvi dan masih baru

      Delete
  30. Salam..saya nak tanya..kalau kereta BMW tahun 2009..tapi register 2011...boleh ke buat uber?fyi kereta bmw ni dua pintu...

    ReplyDelete
  31. Kat sabah bila nak buka uber? Klau ada Kat sabah saya nk jdi driver uber car.

    ReplyDelete
  32. Kat sabah bila nak buka uber? Klau ada Kat sabah saya nk jdi driver uber car.

    ReplyDelete
  33. saya pakai exora dan saya nk cuba utk area JB,tp english kurang fasih,boleh ke? lg 1,mcmna dgn sistem pembayaran uber ni

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum admin, saya ada terbaca dalam website uber, uber jugak menyediakan kereta kepada pemandu yg tiada kereta, atau kereta xcukup syarat (lebih 7 tahun) atau ingin beli kereta. Boleh terangkan lebih lanjut mcm mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta disediakan pihak uber adalah terhad dan buat masa ini kesemua kereta tersebut sedang digunakan

      Delete
  35. macam mana cara nak boleh dapat customer ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai apps uber partner. Dgn apps ini nanti dia akan carikan customer yg terdekat dengan tuan

      Delete
  36. Salam Kak Syue.

    Perodua Viva boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. syarat kereta 4 pintu. InshaAllah boleh

      Delete
  37. vellfire bagaimana cara pembayaran trip,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vellfire available untuk 3 kategori. Uber Black (mahal), Uber XL (sederhana) dan Uber X ( murah). Fare mengikut rider request kategori mana

      Delete
  38. Kereta waja 2008 tak boleh ke?

    ReplyDelete
  39. Kalau saye guna kete bapak saye bole ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Dengan syarat nama anda ada dalam cover note insuran. Jika tiada sila tambah nama dahulu. Cuma RM10

      Delete
    2. Dia ada syarat umur tak ?? Umur saya 20,, saya tengah mencari kerja untuk buat side income.. Saya ada Kereta, lisen semua lengkap..

      Delete
  40. Kalau kete masi belum habis bayar boleh ke?

    ReplyDelete
  41. Sy dari kota kinabalu..dah daftar...apa tindakan seterusnya...tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kerana telah mendaftar. Kota Kinabalu adalah bandar terbaru Uber Malaysia. Selepas mengisi borang dan upload kesemua dokumen. Sila update maklumat akaun bank di partner dashboard. Sesudah itu sila install applikasi Uber Partner utk monitor pengaktifan akaun anda. Jika sudah ada pilihan online bermakna akaun anda sudahkan diaktifkan

      Delete
  42. Salam.. Saya duduk di selayang.. Layak ke klu nak apply? Cume ada kete saga baru beli tahun lpas.. Tq tuan

    ReplyDelete
  43. salam, saya dah daftar uber,& da upload lesen,ic & cover note insurance..mslhnye sy buka app uber partner,dia mintak lg benda sama..lpstu suh dtg McD hantar blek dokumen2 tu..cmne nk settle ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat semakan. Tiada nama Adbul Halim Masod dalam senarai saya. Boleh saya tahu cik daftar bagaimana? Melalui link saya di atas atau bukan?

      Delete
  44. saya dah daftar dgn kod yang diberi. dokumen dah upload dan aktif, cume belum dapat sms nak cek kereta. Boleh Tuan cek kan? mohamad faris azizi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah semak. Pendaftaran encik belum lengkap. Adakah encik sudah update no akaun bank? Jika sudah, akaun encik hanya perlu tunggu kelulusan. Sila install applikasi Uber Partner utk monitor akaun encik

      Delete
    2. oh dah..masih tunggu sms je..

      Delete
  45. Assalam ada pemandu uber dri penang x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bro. Pemandu pompuan

      Delete
    2. Saya bro. Pemandu pompuan

      Delete
    3. uber di penang ade group whatupp tak sy baru nak cuba2

      Delete
  46. Salam tuan tanah...
    Nak bertanya ttg flow process dari register hingga ke jenis kenderaan...jika kenderaan jenis vw passat, termasuk dlm pakej premier ka? Brapa pula fee register? Mohon pencerahan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Flow pendaftaran - klik link di atas - isi borang - upload dokumen - update no akaun bank - install Uber Partner apps - tunggu kelulusan - monitor keaktifan akaun dari Partner apps. Passat valid untuk Uber Black dan UberX. Pendafataran adalah percuma jika melengkapkan kesemua permohonan dalam masa seminggu. Jika lewat upload dokumen atau update no akaun, Uber akan deduct RM5 setiap minggu selama 5 minggu sahaja sebagai background check. Total RM25

      Delete
    2. Ok sy dah buat semua proses tsebut....cuma nk tahu apps jika download utk iPhone compatible utk pkai web-based saja kan

      Delete
    3. Mohon pencerahan...
      1) perlu ke saya attend apa2 briefing slps activate akaun?
      2) ikut penerangan awal puan, passat valid utk uber black & uber X...boleh elaborate sikit camne rate yg digunapakai & kriteria based pd jadual yg disediakan?

      Terima kasih

      Delete
  47. Assalamualaikum bang.. sy tggal di sepang.. dekat KLIA.. layak ke sy apply untuk area sepang? KLIA tu byk nk pakai taxi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh tu boleh. Tapi agak jauh dari Core Services Area

      Delete
    2. Owh yeke.. klau putrajaya?

      Delete
  48. minggu lepas saya dah register dan upload dokummen dan dah approve..tapi xde sms..saya emai uber ipoh dapat reply untuk boeh buat trip kene undergo onboarding process di Penang sekian2 jam..memang kene pergi Penang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa daftar tu pilih bandar Penang ke? Jika bukan maka kena email Uber. Kalau Ipoh on boarding kat Ipoh je

      Delete
  49. Salam..kalau guna Kereta perodua kembara tahun 2005 blh x?condition tip top lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2005 ke 2016 adalah 11tahun. Rasanya Uber tak akan luluskan sebab minimum kena 7 tahun.

      Delete
  50. Salam.. Suami say ada register uber.. Tp dia terlepas pegi briefing kt kl.. Jd ape cara suami nak teruskan jd pemandu uber? Bole sekiranya sesiapa yg dapat bantu.. Hubungi suami di 0176851131 atau sy 0129801131

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usah risau. Sentiasa akan boleh hadir ke sesi seterusnya. Uber akan sms driver yg belum aktif utk sesi terbaru

      Delete
  51. As salam..kereta sy saga flx da 5 thn..jika lg 2 thn adakah kereta sy masih boleh digunakan utk uber lg? Sebab kate mininum 7 thn kan?

    ReplyDelete
  52. As salam..kereta sy saga flx da 5 thn..jika lg 2 thn adakah kereta sy masih boleh digunakan utk uber lg? Sebab kate mininum 7 thn kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Masih boleh. Maksimum 7tahun adalah ketika daftar kereta

      Delete
  53. Saya sudah daftar sbg pemandu Uber. Kenderaan saya Vellfire. Cuma akaun saya masih kategori UberX. Bgmana nak jadi Uber Black ya?

    ReplyDelete
  54. Vellfire boleh menerima rider dari 3 kategori iaitu UberX, XL dan Black. Ianya automatik. Cuba buka rider apps dan slide ke Uber Black. Lihat jika kenderaan anda ada dalam peta. Jika encik hanya mahu available sebagai Uber Black sahaja. Encik boleh email Uber utk buat permohonan

    ReplyDelete
  55. Assalam..sy nk try reg uber..kereta honda city thn 2006..namun condition sedap lg sbb servis on time di honda servis centre..boleh nk reg?

    ReplyDelete
  56. Saya kurang faham ttg Cara byaran uber ke akaun. Bgaimana Cara nk update no akaun sy ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk cash trip, collect cash serta merta. Untuk kredit card trip, accounting cycle start dari Isnin sampai Ahad. Then Rabu next week baru Uber masukkan duit.

      Delete
  57. Anonymous10/7/16 07:40

    Salam, uber ada link dgn jpj ke? Just nk tau saja.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Itu encik boleh email tanya Uber. Saya cuma driver 😊

      Delete
  58. salam admin, kenapa bila saya sign in uber partner, ada error 'your account has not been activated'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tu maknanya belum diluluskan. Tunggu kepulusan

      Delete
  59. Saya dah register boleh masukkan dalam group whatsapp Fandy.

    ReplyDelete
  60. Saya dah register uber driver,tapi x confidence utk first trip,blh tunjuk ajar @ masukkan dlm group whatsapp uber..tq

    ReplyDelete
  61. Salam. Admin, if kita dh daftar uber & try jadi pemandu uber seminggu. After that rasa xnak buat dah. Boleh ke kita nak stop terus? Ada x kena penalti apa2 dari pihak uber?

    ReplyDelete
  62. tumpang tanya...saya daftar uber sewaktu sy di jb utk beberape hari...saya tak tahu plak klo daftar uber ikut gps...sbb sy nak buat uber di kl...so ape perlu sy buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu email Uber jika ingin drive di bandar lain pula

      Delete
  63. Assalamualaikum nak tanya. Sy dh ikut semua step yg awk bg tp lepas daftar ade sms smpai sruh download n apps uber partner. Lepas tu dia sruh tgok vdeo. Lepas tgok video dia sruh ambik gambar kite kan. Lpas ambik gambar. Uber partner tu terus exit automatik. Ade yg x kene ke? N nk taanye jugak. Sy hanya dpt emel yg cakap 'Thanks For Signing Up with Uber'. N langkah seterusnya sy dh xtahu. Harap dpt jawapan dr awk. Tq ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Itu tandanya pendaftaran cik telah selesai. Hanya perlu tunggu semakan dan kelulusan. In mean time. Install uber partner apps dan monitor status cik

      Delete
  64. Suami saya dah daftar pakai link en rais. Dah download, dah kluar go online. Tu maknanya da boleh start ke? Tp xde dpt video @ taklimat pape pun. Nuzaimi1979@gmail.com...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada Go Online maknanya dah aktif. Sila tonton dua video ni sebelum bermula.

      Ni training video - https://youtu.be/10eiFrRqWlI

      Ni cash training video - https://youtu.be/jumzdWa-iRI

      Delete
  65. uber ni boleh x buat time weekend je ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weekend, waktu malam, anytime kita free..ikut keselesaan kita

      Delete
  66. Salam encik.. sy berminat tp kalau bi hancur.. boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tak pandai English boleh belajar

      Delete
  67. thanks bro. blog ini memberi saya lagi bersemangat. doakan yang terbaik untuk kita semua untuk mencari rezeki yang halal. insyaallah

    ReplyDelete
  68. Assalamualaikum..perodua myvi boleh ke buat uber?saya dah daftar hanya sangkut dibahagian maklumat kenderaan..dah 3 hari macam ni.mcm mana nak menetapkan kenderaan sebab perodua myvi tiada dalam pilihan..

    ReplyDelete
  69. SAlam boss. Saya pelajar bagi step by step cmne cara nk daftar uber. Btw saya pakai kreta myvi n stay kawasan bangi. Bole bt x kawasan bangi ngan kl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Umur minimum 21 tahun. Adakah anda sudah melepasi syarat pertama ni?

      Delete
    2. Saya sudah ckup umur 21 pada tahun nii. Cover note insurans macam mna yea. Dekat mna saya bole dapatkan

      Delete
  70. Salam...nk tnya klau kita reg sbg driver perlulah kita install rider apps juga selain uberpartner apps.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uber apps utk rider kita guna sebagai rujukan utk melihat kedudukan pemandu2 lain. Di masa lainnia juga boleh digunakan jika kita ingin guna sebagai penumpang.

      Delete
    2. Maksud tuan kita perlu install jugakla ya rider apps sbg rujukan.

      Delete
  71. Salam pada admin.. ingin tahu boleh ke kereta jenis Axia utk bt Uber?

    ReplyDelete
  72. Salam admin nk tanya suami saya dh daftar kt uber hq taklimat pon dah tp xleh nk on lagi....massa daftar kat sana kerani die tolong dafta... Kne download juga uber partner dlm play store tu kn.... Tp nk sign in guna id msa daftar ke atau daftar baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Itu saya tak pasti. Dia perlu semak ID mana yg aktif atau datang semula ofis tersebut

      Delete
  73. slm.nk tnye guna kancil boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tidak melepasi kriteria ditetapkan Uber

      Delete
  74. Klu guna insurance third party bole ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti apa tu insuran 1st party 3rd party tu semua. Setahu saya ada 1 jenis je. Hahaha

      Delete
  75. Bos nak no nak tye lebh lajt

    ReplyDelete
  76. Assalam.. Kalau saya dah daftar and acc uber partner dah active tp notification email takde bgtau utk dtg taklimat atau interview mcmne eh? Maksudnya saya dah boleh tros start ke.

    ReplyDelete
  77. Salam..saya dah register sbg pemandu uber partner. Dah upload document dan status "active". Dah download app uber partner. Bila saya buka app tu, dia suruh saya upload gambar. Dah upload gambar tiba2 automatic exit app. Kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maybe ada glitch kat apps. Try semula

      Delete
  78. Saya minat nk jd pemandu uber ni, sebab sya dh pencen bosan dok umah. Bagaimana nk mendaftar. Umur saya lebih 50 an dan sihat tubuh badan bolih ke sya mendaftar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daftar online dengan klik pada link saya sertakan di atas dalam entri ini 👆

      Delete
  79. Saya dah daftar sbg pemandu uber..sdh upload dokumen yg diperlukan tp msh blm dipggl utk interview..lama ke tempoh panggilan interview slps kite daftar sbg pemandu uber?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang tak payah interview dah

      Delete
  80. Assalamualaikum..
    Sy nak tanya bagi pihak suami, dah daftar uber, dah boleh online tp belum start lagi..semalm cuba online, ada org request, tapi disebabkan dalam perjalanan balik kerja jadi kami cancel and offline. Soalan saya, boleh ke kita terima rider,dalam masa yang sama sedang bawak org lain..contoh isteri, kawan atau isteri dan anak.

    ReplyDelete
  81. Bang..klu keta 4x4 boleh join uber x??

    ReplyDelete
  82. Bang..klu keta 4x4 boleh join uber x??

    ReplyDelete
  83. Assalamualaikum..
    sy tanya bg pihak suami..masa nk sign up..ada pilihan utk negeri selangor..betul ke ada utk negeri selangor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Selangor ada. Sepang, Shah Alam dan Klang

      Delete
  84. Kalau nak daftar tapi kereta & cover note insurans nama kakak saya macam mana? Kena lampirkan photostat ic owner ke apa? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. Just make sure cover note insuran ada nama anda sebagai pemandu tambahan

      Delete
  85. Assalamualaikum. Nak tanya kereta iriz boleh di jadikan uber? TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh tiada masalah

      Delete
  86. Assalamualaikum. Saya dah daftar online, dan di apps uber sudah tertulis online, boleh kah saya terus buat uber ni. adakah perlu go on next stage mcm pergi check inspection kereta dan sebgainya? terima kasih

    ReplyDelete
  87. salam , kereta wajib 1.3cc n above ke ? kalau axia 1.0cc xlps yea ?

    ReplyDelete
  88. Assalam...blh x klu nk buat uber sekitar putrajaya klia shj

    ReplyDelete
  89. Salam bro melaka xde uber lg ye

    ReplyDelete
  90. Salam bro melaka xde uber lg ye

    ReplyDelete
  91. Salam. Ingin bertanye. Bleh ke sy daftar uber guna 2 kereta berlainan model/jenis di dalam satu account/profile yg sama?

    ReplyDelete
  92. Salam..sy berminat la dgn uber ni..cmner ye nk buat?

    ReplyDelete
  93. Kenapa negeri main take ada.. Kalu mcm tu mcm mn nk adakan uber d negeri Perlis atau kedah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uber masuk satu persatu bandar dahulu. Mungkin akan datang ada

      Delete
  94. sy dh register tp dpt SMS Dr uber bgtau xde expiry date dkt cover notes insurans, sy cek memg xde. so mcm mane eh?

    ReplyDelete
  95. axia lepas x nk jd uber?

    ReplyDelete
  96. aslm,nak tanya,saya ada persona tahun 2012.saya ada satu mslh.kereta dalaman tiptop.tp luaran ade kesan kemalangan yang major.body kereta kemik2 calar2 sikit.boleh ke??

    ReplyDelete
  97. kalau kereta honda civic ikut rate murah or xl?

    ReplyDelete
  98. SALAM / SLMT PTG,

    BLH KE SAYA MENJADI PEMANDU UBER PART TIME UTK SEBELAH MALAM SAJA. DARIPADA KUL 7 MLM HINGGA 2 PAGI.
    BLH KE SAYA MENJADI PEMANDU UBER DI NEGERI KEDAH ?

    ReplyDelete

Uber Sudah Dibeli Grab - Selamat Tinggal Uber!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekelian. Hari ni sabtu 7 April, bermakna hari ini adalah hari terakhir rakyat Mala...